Rangkuman Ho Chi Minh, Vietnam dalam “70. Sila”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Haaaaa… Ini adalah ‘Rangkuman Ho Chi Minh City, Vietnam dalam 70 ; Sila’ buat tips dan tricks anda untuk trip ke sana nnt.
#Share sekiranya bermanfaat utk perjalanan anda ke sana nnt.
#post ini panjang dan mencabar.

23622166_10210071650091998_5636382899724231939_n

Sila baca.
1. Sila pakai mask sebab udara not very good in HCM
2. Sila jalan2 pakai selipar lagi selesa rasanya.
3. Sila kuatkan lutut sebab nak jalan banyak nanti tau.
4. Sila beranikan diri melintas jalan dengan tak tgk kiri kanan… hehe cubalah kalu berani.


5. Sila pekakkan telinga korang dari bunyi hon sbb mmg bingit sampai geram pun ada.
6. Sila jeling balik manja2 kalau gadis2 rumah urut panggil ‘abiang abiang’, mengajak ko masuk bilik ‘massas… abiang… massas’
7. Sila tahan sikit nafsu soping tuh klu perlu tp mmg sukarlar.
8. Sila bertabah tengok durian yg besaq2 gila.

Durian kat HCM ni besaaq besaaq oiiii

Durian kat HCM sgt besaqqqqq

9. Sila berani dgn baik to ‘say no’ to benda yg anda mmg tak plan pun nak beli.
10. Sila tawar menawar sekiranya anda betul2 nak sbb dr 250k Dong boleh jer dpt 100k-70k Dong.
11. Sila sabar bila dgr 100k Dong sbb rsnya pd dorg 100k Dong tuh adalah range harga paling murah dah kot. tapi 20 hengget tu tau tak.
12. Sila jaga wallet dr di copek walupun aku tak kena apa2 pun… potensi besar sbb ramai org.
13. Sila berani nak jd hitam skit sbb panas dia terik siangnya.
14. Sila bertabah klu ketiak lecak sbb panas dia boleh cecah 35° onwards.
15. Sila nnotis tak penah plak nampak abang polis n tentera sbb kat area Ben Thanh tuh depa kata selamat gila.
16. Sila makan roti ayam byk2 sbb sedap ok… boleh makan pg ptg siang malam
17. Sila minum kopi ais makcik motor aminah lebih dr sekali 1 mlm sbb dia baik dan penyayang… hehe.
18. Sila minum byk air sebab letih sana lain mcm weyh.
19. Sila activatekan kad ATM bank korang ke luar negara atau activate online jer lebih senang. manalah tau korang memerlukan extra money boleh jer kluarkan di ATM sana. tapi kena cari yg ATM yg boleh link dgn bank korg. Baca lagi utk info itu.
20. Sila tahu bahawa takde pun signage Malaysia Street tuh kat situ, crlah sampai tua pun takder.
21. Sila guna duit RM klu nak rasa murah sebab bila guna Dong rs cepat jer habih.
22. Sila jaga suami anda sebab di sana gadis2nya lembut bersederhana ala2 lemah2 lutut lentok2 gitu… paha putih melepak toksah duk ceghitala.
23. Sila jaga BF anda yg elok-elok tuh dr ajakkan massage sebab ramai jantan2 durjana tukang urut yg akan ajak b2b massage. Kalau bf anda tak elok biarkan jerlah…
24. Sila minta hotel korg orderkan grab utk korg kemana2 sbb ianya lg murah 50k 60k 70k dr korg guna Vinasun. Tambahan lg klu korg nak ker airport lebih selesa weyhhh
25. Sila bersabar klu digoda jantan Vietnam elok elok tuh sbb itu semua dugaan oleh syaitan yg direjam.
26. Sila bawak sebijik atau lagi extra 3 bijik beg kosong extra sbb korg akan bwk balik lg 4 bijik luggage baru yg lain.
27. Sila masuk cuci mata jer tgk barang dlm Ben Thanh Market tp jgn masuk dalam kedai dorg tuh tau kalau korang takmo beli. Nanti xpasal korang xleh keluar dorang tahan sampai kena beli.
28. Sila jangan naik beca sbb ramai yg ckp akan jd mahai gila korang kena ketuk.
29. Sila bwk duit byk2 sesiap sbb klu cucuk duit di ATM sana ada limit 5juta jer boleh dikluarkan + kena caj lg 12hengget.
30. Sila ketahui bahawa Maybank tuh jauh tau jarak dalam 2.5km dr Ben Thanh area. Patah kaki pakcik pergi aritu.
31. Sila take note bahawa hanya ABBank jer boleh kluarkan duit dr Maybank. Bank lain abang tak pasti.
32. Sila ambik maklum nak masuk War Museum kena byr 15k dong seorg.

23622127_10210071649411981_7399575772687258413_n
33. Sila gunakan format 100k = RM20, 50k = RM10 utk lebih senang kira-kira shopping nanti.
34. Sila beli sebotol 100Plus kat sana sbb cop Halal Malaysia tau tambahan lg boleh tambah tenaga korang jalan2 tuh .
35. Sila take note klu pergi night market tp harga kasut pilihan korg tu sampai RM450 atau RM280 baik ko beli ori jerlar dik. Jangan jd bongok tergoda ajakan wanita2 seksi tu tau.
36. Sila pergi airport awal2 sbb nak cop imigresen tuh punyalah ramainya makhluk walaupun banyak gila kaunter yg di bukak
37. Sila masuk dalam Saigon Square sbb situ sopingnya ada ekon…sejukkk hehe…
38. Sila ambik maklum di sana ada jual jenama telekung Siti Khadijah, Bokitta, Duck dan Naelofar Hijab.
39. Sila pakai singlet bg org jantan sbb lebih selesa tp jgn lupa pakai deodoran supaya tak ketibus.
40. Sila menjamu selera di Halal Amin sbb berbaloi, sedap n murah skit.
41. Sila toksah beli buah2 potong kat sana sbb pada aku sgt tak hygiene, lepa pi pancut kencing2 jer kat tepi2 tiang lampu tuh pastu terus pi kopek2 durian buat joi… uwekkkk
42. Sila bawak penimbang beg supaya boleh timbang bg cukup2 jer berat luggage korg beli tuh sbb kaunter Air Asia sana sgt kedekut taik idung.
43. Sila jgn tergoda kalau peniaga situ ckp… ‘U kena beli sbb u bwk luck to our kedai…padahal ko kena ketokk… jln skit jer lagi boleh dpt lg murah’
44. Sila redha dan bawak bersabar dgn bunyian hon2. Sesungguhnya naik grab tak bunyi pun hon weyh. Relaks jer.
45. Sila tahu bahawa akak kat Kedai Halal Amin boleh tolong korang orderkan grab car kalau hotel takder servis tuh. tapi mintak tlg elok2lar eh. InsyAllah dorg bantu.
46. Sila take note hanya di area Ben Thanh jer local dia byk yg tahu speaking English Tapi bila di luar kwsn itu orgnya peghak sampai cara nak beratur pun dorg taktau.
47. Sila ambik tahu & beli simcard yg unlimited data tau jgn beli yg 15gb… baziaqqq n merugikan.
48. Sila berhati2 di sepanjang jalanraya tak kira atas jalan atau luar jalan sbb atas laluan pejalan kaki pun ada motorsikal lalu lalang.
50. Sila take note bahawa antara Halal di Jakarta & Halal di Vietnam tekak aku boleh masuk Halal Vietnam lagi… tekak akular… sbb takde babi guling tepi kedai halal. Uweeeek…


51. Sila take note ATM Maybank di Sun Wah Building dah ditutup. yilekkk… nalarekek. yg hanya ada opos Maybank utk saham2 jer.
52. Sila ambik perhatian klu bwk mak mak ayah korg just ambik jer hotel kat Malaysia street tu… lebih mudah n senang.
53. Sila maklum kalau dlm map google korg juper lorong yg ada Restoran Haji Mansour maka itulah dinamakan Malaysia Street.
54. Sila kalau perlu utk tukar duit. Pergi kat money exchange hujung Malaysia Street tuh sbb situ jer rate yg sama or hampir sama or mybe lebih lg dr kat Malaysia. Sbb klu diluar area tuh rugiii 200k+.
56. Sila take note Night Market tutup dlm 11.30mlm.


57. Sila ambik perhatian wahai kawan2 klu nak beli souvenir tunggu time lelong dlm 11mlm gittew. murah skit dlm singgit… hahahah
58. Sila bgtau mak mak ayah korg or anak2 klu ada org approach suh galas or pegang or lap kasut or tanggung kandar air kelapa tuh jgn bagi dia letak kat bahu walupun utk bergambar, kang tak pasal kena bg tips or kena beli walaupun korg taknak.
59. Sila tapau makanan mcm roti ayam or nasi goreng or apa2 jer yg kering2 dr kedai halal sbb food court kat epot takderlar yg halal walaupun international cuisine katanya.
60. Sila benarkan laki korg or bini korg or mak ayah korg pakai shorts klu perlu… hahhaa sbb cuaca panasss… hahhaah
61. Sila singgah dan bergambar di lorong buku depan Hard Rock Cafe sgt nice buat lepak2 klu korg suka membaca… very the hipster & tenang tp halalnya tiada kepastian. bergambar jer dahhh…
62. Sila singgah kat Circle Mart lebih kurang mcm 7eleven tuh klu korang memerlukan wifi urgent2 sbb situ ada open wifi.
63. Sila bersedia dgn repellant semut sbb hotel2 bajet dorg byk semut gatal sampai masuk dlm spender aku n gigit tutttt pakcik… manis agaknya eh.
64. Silalah kalau berani sewa motor n drive kat sekitar HCM sbb mencabar gila oiiii…
65. Sila take note nak masuk dlm Independence Palace dia kena tiket tak pasti berapa… sy tak masuk lalu depan jer.
66. Sila download sesiap apps utk kegunaan korg disana sbb hostel or hotel korg belum tentu laju wifinya… mcm siputtt…
67. Sila jangan konpius sbb kereta kat sana drivernya belah kiri tau… hehe.
68. Silalah klu nak beli kekacang2 timbang di sana pastikan tahap kehalalan toyiban tuh yer. sbb manalah tau… takder cop halal pun kat balang dia tu.
69. Sila pergi Dataran Ho Chin Minh malam2 katanya meriah situ. Masa abam pegi ditutup sbb kebetulan ada festival APEC 2017.
70. Silalah pergi ke Ho Chin Minh sbb byk yg kita boleh belajar dan ambik iktibar drpd cara hidup mereka.
.
Cara hidup yang sederhana
Tepi jalan ramai penjaja
Cari rezeki sama rata
anak gadis lepa lawa-lawa
Hat jantan tu hampa kaum hawa jgn mudah tergoda
Pelbagai agama tak ada beza
Macam-macam lepa meniaga
Dari sepotong buah hinggalah kain sutera
Dari kopi akak motor hingga cafe ada nama
Roti ayam jangan lupa cuba
Bihun sup daun2 byk tu korg kena rasa
Kopi ais toksah duk ceghita
Wifi depa merata-rata
Kereta motor lepa tak pernah lena agaknya
Ho Chin Minh… walau tak sesuai dgn jiwa
Aku tetap suka sbb rasa mcm di Malaysia.
.
#selamattravel #HoChinMinh #vietnam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s