6  IDEA ELAK ‘BOSAN’ BILA TRANSIT TERLALU LAMA

“Weyh… kita nak buat apa lama2 ‘mereput’ transit 18 jam nih…? Jom kita tidor jerlar. Nak buat apa lagi… silap pulak terbeli flight transit lama2 ni…bosannnnnn dowhhh!”

#Ini situasi biasa.

Trip yang panjang tak lengkap weyh tanpa adanya adegan-adegan yang tak best, boring, bosan, lemau, mengantuk, mengeluh, merungut, menunggu dan sewaktu dengannya. 

Salah satu sebab musabab berlaku adegan2 cenggini dah tentulah TRANSIT YANG TERLALU LAMA sampai ada terma budak2 wechat sekarang ni ‘mereput’. Kebiasaannya kita memilih transit dari 1-24jam dan ada jer yg lebih dr 1 hari. Bagi sesiapa yang memang jenis suka nau-nau dan sabar menunggu… beliau sememangnya calon isteri atau suami yang menjadi idaman hati buat sang pengembara… hahaha… #gurausikitjer

Transit yang lama tak kira kat airport ker, stesen bas ker atau stesen keretapi memang bosan yg hamat, kadang-kadang boleh mendatangkan amarah…  di sini sy senaraikan beberapa cara yang selalu jer digunakan oleh sang pengembara menurut pemerhatian saya di lapangan terbang bagi mengelakkan kebosanan ketika menghadapi transit yang panjang.

1. MAKAN – Sekiranya anda transit lama di airport, tambahan lagi airport yang keluasannya tak tergambar dengan kata-kata, mmg patah kaki kau dik nak berjalan shopping jer manjang kan. Apakata kau explore makanan2 signature yang sedap-sedap kat negara itu. 

Contohnya; semasa saya di Kansai Airport ; ada jer lebih dari 10 restoran Halal dengan sajian sepeti ramen, tempura, sushi untuk anda nikmati. Tapi yang pastinya tak berkurang walau di mana saja di seluruh dunia ini, harga barang atau restoran di lapangan terbang pasti berbeza dari harga biasa. Mahai dowh… Tepuk dada tanya selera, yang penting ‘kenyang perut hati pun tak sakit’ kan.

TIPS ringkas ini mungkin dapat membantu anda;

  • Gunakan WIFI percuma yang terdapat di airport terseb
  • Muat turun aplikasi lapangan terbang yang anda bakal jadi ‘penunggu’ tuh dan cari Restoran Halal… memang terbaik kan idea nih. itulah yang kitorg selalu buat pun. Selain dapat makan sedap, dapat jugak lepak tanpa gundah gulana dan bosan. Mana pernah wujud lagi istilah ‘Makan itu membosankan’.

2. SHOPPING – Cara ini mungkin akan dapat kecaman dari netizen bukan apa, ada je katanyer nanti ‘Mana ada backpackers yg kaki shopping’ atau ‘bukan semua orang kaya sgt nak shopping di airport’. Kejap teruskan membaca,  alaaaa kita pun bukannya nak shopping ibarat esok nak sambut raya pun. Kan?

 

 

Bolehlar sekadar cuci mata, hilangkan kebosanan selain dapatlah juga kita tengok hasil kraftangan yang menarik, design t-shirt souvenir terkini, design fridge magnet yang lawa-lawa malah kalau bernasib baik dapat merasa sampel snack yang sedap. 

Contohnyasemasa saya di Dubai Airport, saya dapat merasa kurma berisi badam cbersalut coklat yang sedap, bukan sebiji tapi 5 biji sekali sampel yang diberikan. Katanya buat bekal menuggu transit. Insyallah petugas di lapangan terbang tak kedekut punya sebab dorang pun tahu kita sedang hadapi fasa transit jangka panjang yang ‘sumpah mati kutu!’.    

haaa… silalah cuba!

3. MAIN GAME – Kaedah ini memerlukan sedikit perancangan dan persediaan. Yerlah mana nak datangnya kit permainan ini kalau anda tak bawa sendiri dari rumah. Sepanjang pemerhatian saya, pelancong-pelancong yang rata-rata dari eropah yang transit lama lebih gemar membawa sendiri kit permainan mereka seperi main kad, Dam, Chess, Uno dan lain-lain lagi. Tapi dalam saiz yang lebih kecil dari biasa. Menarikkan?

WARNING!!! : JANGAN SESEKALI MAIN GALAH PANJANG, ROUNDERS, TUJU TIN, TUJU KASUT, NENEK2 SIBONGKOK TIGA, REBUT TIANG ATAU SEWAKTU DENGANNYA DI AIRPORT. Nanti tak pasal kena tahan pulak sebab mmg confirm akan kecoh sekampung. ATAU Tak pasal akak ticketing dtg join sama nnt.

Alaaa… #gurausikitpuntakboleh

6 JENIS KAWAN TRAVEL : ‘ASAL MELANCONG JER KAU KAYA SELEVEL DATO ALIP’, APAKAH…?

4. TIDUR – Perjalanan yang meletihkan dan Transit yang lama sememangnya mengajak kita untuk tidur nyenyak dan kadangkala tidur mati terus tak bgn pun ada! tapi pastikan anda tidak terlepas waktu penerbangan bukannya apa kadangkala di waktu puncak time boarding memakan masa yang lama selain jarak nak jalan pi kat gate di lapangan terbang tuh jauh bebenor dan mengelirukan.

TIPS :

  • Tidur secara bergilir-gilir sekiranya anda dalam kumpulan atau lebih dari seorang.
  • Simpan barang-barang yang berharga dari pandangan orang lain untuk mengelakkan kehilangan dan kecurian.
  • Pasport, wallet, boarding pass, telefon bimbit letakkan di dalam poket atau beg anda dan pastikan ianya dizip rapi, bukan apa kalau hilang maunya tersangkut kat airport tuh sampai bila-bila.
  • Pesan kepada rakan anda berkali-kali tentang masa dan jadual perjalanan serta gate masuk agar anda tidak kelam kabut mengejar kapal terbang
  • Berwaspada selalu jer. Pencopek di mana2.

5. MEMBACA– Kaedah ini seringkali saya lihat pada pelancong-pelancong dari negara-negara seperti Jepun, China dan Korea. Mereka membawa buku sebagai bahan bacaan.  Bahan bacaan seperti Novel, Komik dan buku rujukan pelancongan adalah yang paling popular. Mungkin ada jugak Malaysian yang membaca sepanjang menunggu tapi kita lebih selesa menggunakan bahan bacaan di internet kerana lebih mudah dibawa dan kemudahan wifi airport sangat membantu. 

TIPS ini mungkin boleh membantu:

  • Wifi free di Airport tuh korang gunakan sepenuhnya tau. Download je movie yang best2 or aplikasi yg korang perlukan bila diperlukan di destinasi seterusnya.
  • Download je bahan bacaan yg menarik. Zaman moden byk jer bahan bacaan yg boleh kita muat turun. Lagipun senang nak bawa. Tak berat + sentiasa jer ada dlm phone kita.

6. CARI KAWAN BARU 

Last but not least; Tak salah rasanya apabila menunggu lama di airport tuh kita ; bina hubungan’ atau cari kenalan baru. International airport selalunya di datangkan dengan pelbagai manusia dari seluruh pelusuk dunia. Mulakan perbualan dengan bertanya khabar, tanyakan mengenai trip mereka.

Tak mustahil dorang akan berkongsi tips dan ‘muslihat’ travel menarik untuk manfaat kita dan tak mustahil jugak apabila tiba trip korang ke negara dorang, perhubungan ini akan banyak membantu perjalanan korang nanti.

TIPS :

  • Hati-hati dalam perbualan, jangan sampai anda mendedahkan maklumat peribadi atau termakan umpan pulak yer; manusia ni macam2 tricknya.
  • Berwaspada dengan barangan peribadi anda, jangan terlalu percaya… Nanti tak pasal hilang plak duit belanja korang.

Semoga tips ini bermanfaat dan berguna. Kita peru bersedia hadapi keboringan melampau supaya cuti kita gembira berpanjangan.

Kalau ada idea lain selain di atas… korg cer cuba k…!

4 CARA EFEKTIF MENYIMPAN DALAM TEMPOH 6 BULAN : Tujuan; Vacay Trip

Sedikit perkongsian insyallah bermanfaat

Selamat travel gais.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s