5 KAEDAH MUDAH RINGANKAN BAGASI!!!

Assalamualaikum, lately nih banyak betul berita mengenai syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yg menghadkan jumlah berat cabin beg atau hand carry penumpang. Rasanya benda ni bukan benda baru pun sbb mmg dah termaktub dalam syarat masa kita beli tiket pun, memang hanya 7kg/bagasi yang benarkan dibawa on board bg setiap penumpang. kan… mungkin kita tak perasan agaknya…  sbb aku pun bawak extra jugak kadang2, bukan apa, apa sangatlah 7 kilo tuh bleh bawak kan.

Tapi syarat itu agak longgar dan taklar strict sangat selama ini dan menyebabkan penumpang dah berasa selesa dengan kelonggaran itu. Namun Air Asia terpaksa mengetatkan syarat tersebut demi keselamatan dan keselesaan penumpang mereka.

IMG_3661

Apa kata kita pun ikutlah syarat tersebut bukan apa, kita pun nak selamat berada di udara nanti. Jadi saya kongsikan 5 kaedah mudah nak bagi backpack/bagasi korang tuh ringan sikit dari selalunya malah lebih meringankan dari biasa; jom kita tengok senarai dibawah:

1. Segalanya kini dihujung jari jer weyh, apakata korang pun…  belilah satu penimbang beg yang mobile tuh. Banyak jer jual kat memana laman beli belah online macam Lazada, Group On, 11 street dan kalau korang terror sikit rasanya boleh jer dapat kat kedai hardware or kedai travel berdekatan. Selain dapat kontrolkan jumlah berat beg korang bagi ringan cukup2 makan 7kg tuh, bahu korang pun takderlar rasa sakit sangat nak galas backpack atau gundah gulana nak heret bagasi sepanjang korang travel. Lagi pulak ‘tiada lagi kerisauan menyelubungi jiwa’  korang tuh sebelum boarding. bukan apa tak pasal kena bayar pulak denda untuk lebihan berat beg tuh nanti. Jom kita jadi bijak.

2. Apa kata toksahlar bawak-bawak perangai mak nenek pi oversea. Bawak kain baju tuh dah macam nak pindah rumah or lari dari rumah dah. Cukuplah sekadar sehari sepersalinan dari fabrik yang ringan dan fleksibel untuk dipakai siang dan malam. Contohnya :

  • Sehelai baju untuk tidur boleh dipakai 2 malam berturut-turut. kan jimat ruang beg tuh.
  • Bawa 3 helai seluar jer yang boleh di pakai bertukar ganti selama percutian anda 10 hari. contoh jerlar…
  • Bawak suar kecik pun berpadalah, takkan sehari tukar suar kecik 2,3 kali kan. cuba bawak yang paling ringan yang ada. Kalau ada yang jenis thong lagi ringan dan save rauang bag kau… hahhaa… #gurausikitpuntakboleh

3. Sila buat inspection tahap keberatan dan keringanan backpack or bagasi korang tuh. Ada jenis backpack; sebelum masuk barang berat dah 3 kilo, ada jugak yang sebelum packing 200 gram jer. Jadi pilihlah jenis yang mana lagi ringan dan berbaloi. Walaupun backpack korang tuh lawa gila dan akan menjadi perhatian backpackers buddies lain sampai jeles bila tgk backpack tuh, tapi kalau dah berat macam galas batu bata sampai muka ko pun herot petot masa nak galas… ‘Mak oi. tak sanggup aih menghadapinya… tidakkkk!!!’. Jom kita jadi bijak.

edited_1472192759696

4. Jangan packing last minute di hujung-hujung ko nak terbang dah baru kau nak packing dik (eh… itu mengata diri sendiri, jangan tiru). Bukan apa, nanti dah kelam kabut semuanya kau sumbat sekali dalam tuh silap-silap kunci kereta, tupperware mak pun kau bawak sekali pgi europe (eh… tuh aku jugak). Bila packing awal, sekurang-kurangnya ada masa lagi nak rombak nanti. Manalah tahu tiba2 ko rasa beratnya beg nih, patah pinggang oiii… atau cer pk balik ‘larat ke aku nak handle beg nih pegi 28 negara dengan bajet RM400 nih? (#sarcastic)’. So, bolehlar nanti korang rombak balik biar ringan, senang nak di bawak ke sana sini, kan!

4 CARA EFEKTIF MENYIMPAN DALAM TEMPOH 6 BULAN : Tujuan; Vacay Trip

5. Last but not least, yer abam paham kau pembersih, wangi dan lawa orangnya. Tapi kurangkanlah bawak toiletries kau mcm kau dah takmau balik lagi ke bumi. Sampai penuh satu beg barang toiletries kau dik. Bawak2lah mengucap. Tak pun bawak yang mini2 jer, comel pun comel, ringan pun ringan, so partner travel kau nanti takderlar tumpang tersiksa tengok kau angkut beg kau yang macam bawak simen buat rumah tuh.

Oklah. Sikit-sikit dahlar tuh eh. Almaklum tengah kecoh AA duk nasihatkan korang bawak beg 7kg jer. Janganlar bekeng sangat kawan2, itu kan demi keselamatan kita bersama jugak.

Jom kita berkongsi untuk manfaat bersama.

Selamat Travel!!!

Hanif Ahmad 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s