4 CARA EFEKTIF MENYIMPAN DALAM TEMPOH 6 BULAN : Tujuan; Vacay Trip

SALMAH : Alamak…!!! Tiket aku dah beli superjimat dan giler murah return bagai, duit belanja pulak tak cukup Zah…. TIDAKKKKKK!!! #*@$%^%& (Jerit Salmah sambil mencarut)

Kesian dgn Cik Mah nih, tapi itu lah yg sering terjadi pun. Yerlar kadang2 kita berjaya hunting dan terus beli tiket penerbangan siap return flight lagi, dgn harga yg super murah, amat berbaloi dan mmg cukup duit dlm akaun kiter tuh utk bli tiket. Jangan salahkan Salmah sbb beli tiket supermurah tuh. Tapi memang sesekali perasaan gabra itu akan datang menyerang bila wang belanja x mencukupi utk pergi bercuti.

Situasi di atas ni selalu jer terjadi bukan sahaja pada kawan2 kita malah diri kita sendiri jugak terutama sekali sejenis yg setahun 3 4 5 kali long trip or short trip vacation yg tak alih2 lupa diri nak hidup lama lagi kat KL ni. Kan?

WARNING !!! JANGAN BAZIRKAN TIKET SUPER MURAH ANDA SEMATA-MATA KERANA WANG BELANJA TAK CUKUP. ANDA MASIH BOLEH DISELAMATKAN.

IMG_4548

Walaupun sebenarnya terdapat pelbagai cara yang anda rasakan paling terbaik  untuk menyimpan dan anda mungkin kerapkali menggunakan cara tersebut. Di sini saya senaraikan 4 Cara menyimpan/menabung dlm jangkasamasa 6-8 bulan yang berkesan dan tahap keberkesanannya. Walau bagaimanapun, pilih cara yang anda mampu lakukan dan jalan yg terbaik yg sesuai dgn perjalanan anda. Insyallah anda dpt bercuti dgn jayanya dan gemilang.

1. MENABUNG : Cara paling konvensional dan popular yg biasa digunapakai. Tapi pilihlah kaedah menabung yg lagi efektif dan berkesan mengikut tempohmasa yg anda ada. Sekiranya selama ini kita biasa menabung sehari hanya RM1 atau syiling2 lebihan wang baki balik dari makan tengahari jer masuk tabung, dlm masa 6 bulan mmg terkumpul tapi belum tentu mencukupi. Kan? Almaklum shj kita ada tempoh masa tertentu. Ubah cara tersebut dgn lebih tegas, ganas dan pastikan ia berkesan. Tetapkan sejumlah lebih besar sedikit dari biasa untuk disimpan dlm sehari atau tempoh seminggu;  Contohnya;

  • sehari cuba paksa diri simpan RM5 atau RM 10 masuk tabung ‘wajib’;
  • ATAU tetapkan dalam jatidiri, asal saja wang kertas warna merah dan oren yg tiba2 muncul dlm wallet. terus paksa sumbat2 tanpa rela jugak2 masuk dlm tabung kau;
  • ATAU sekurang2nya 3 keping WAJIB masuk tabung seminggu ; rasanya cukuplar wang kertas RM10 atau  RM20 jer kot  3 keping tuh takut nnt kebulur plak tak makan semata-mata kerana vacation. Jangan risikokan diri kita, nanti sakit.

Cara ini agak mencabar dgn godaan nafsu pegi makanlar, lepak lar, shoppinglar tapi percayalah ia agak efektif utk mengumpul wang lebih byk dan cepat bkn shj sbg duit belanja malah sesuai untuk kumpul beli tiket penerbangan. Ramai yang telah mencuba dan berjaya bergitu juga dengan saya (tp kurang berkesan… hehe).

TAHAP KEBERKESANAN TERHADAP SAYA : 6/10
PUNCA : Kuat makan fast food jadi  cara ini kurang berkesan

2. MAIN KUTU : Cara ini mungkin agak kedesaan, di mana sekumpulan manusia yang diketuai oleh seorang makhluk yg tegas dan jujur bertindak sbg Ketua Kutu kpd rakan2 setiap bulan, minggu atau setiap hari. Gila ker? aah, bunyi jer macam sikit gila tapi memang sangat efektif sekiranya dijalankan dgn amanah dan jujur.

Lebih efektif sekiranya  dimainkan SEBULAN mesti WAJIB bayar sejumlah wang yg lebih byk dari biasa. Kalau kebiasaan dimainkan hanya RM10 seminggu atau RM50 sebulan, kali ini naikkan jumlah bayaran kepada sebulan RM200-250 selama hanya 6 bulan. cuba kira dlm tempoh 6 bulan berapa jumlah yg berjaya dikumpulkan.

Bukan selalu pun anda terpaksa buat begini lagipun ia cara yang sangat BERHASIL dan bisa mempermudahkan percutian anda nanti. Sila cuba!

TAHAP KEBERKESANANNYA TERHADAP SAYA : 7/10
PUNCA : Tak konsisten + ketua kutu tak garang… baik sgt tak meminta

3. JUAL PRELOVED ITEM KORANG ATAU BERNIAGA KECIL-KECILAN: Saya sangat pasti korang banyak barang atau almari korang penuh dengan barang2 yang jarang dipakai tp masih sayang nak jual. kannn??? Apa kata tetapkan pendirian dan mula pilih yang mana yg masih elok lagi dan boleh dijual. 

Tak sangka yang saya ni pernah buat benda ni jugak untuk kumpul duit atas tujuan vacation… haha. Sy pernah jual lense camera DSLR dan tripod camera untuk beli tiket penerbangan… MasyaAllah…. tapi bila difikir balik sy jarang jer guna lense tuh, hati terasa sayang… drpd terbiar tak digunakan lebih baik jual sebelum ia rosak. Cadangan sy untuk tempoh 6 bulan ; jual preloved item terbaik yg menguntungkan  sebulan satu barang. Cukup 6 bulan anda tahulah hasilnya nnt. Lumayan!

Satu cara lg adalah, berniaga kecil-kecilan seperti Cupcake, kuih muih, lunch box, coklat dan sebagainya. Cara ini juga terbaik tapi harus konsisten sepanjang 6 bulan tuh, cadangan sy jadikan seminggu sekali berniaga. Kumpul keuntungan berniaga dan jadikan ia simpanan vacation anda. Simpan sebaiknya, jangan gatal tangan guna.  Bila cukup tempoh matang baru jenguk balik dan ambil untuk kegunaan yer.

TAHAP KEBERKESANANNYA TERHADAP SAYA :  3/10
PUNCA : Tak banyak preloved item sy yg sesuai dijual balik + keuntungan meniaga selalunya buat belanja makan. hehe… tak konsisten…

4. PERSONAL BANKER : Saya tak jumpa pulak terma paling sesuai untuk cara ini. Tapi dialog yg biasa sy gunakan adalah ‘Makk, tlg simpankan jap sebelum hilang dari wallet!!!’, Setiap kali ada duit ekstra apalagi mintak mak tlg simpankan untuk tujuan bercuti, kalau tak simpan confirm habih jadi modal shopping.

Kehidupan dikota sgt sukar dan mencabar, jadi selain pekerjaan sy di hari-hari biasa sy juga bekerja separuh masa di hari minggu. Gaji part time job pulak dapat secara daily basis jadi sy tetapkan pendirian untuk serahkan kepada mak untuk simpanan vacation. Kalau sy boleh anda juga boleh.

Cari seseorang yg boleh dipercayai, amanah dan jujur samada ibu bapa, adik beradik, sahabat terdekat, malah housemate juga boleh tolong anda simpankan; letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka ini untuk tlg simpan bg pihak anda; tp buat buku log untuk rekod anda yer. Bila tiba masa 6 bulan; nah hasilnya!

KENALI PERSONAL BANKER YANG BERPOTENSI DAN KAREKTOR MEREKA :

  • Mak Ayah ; Syurga di telapak kaki mak ayah tau, sesungguhnya Mak Ayah adalah insan yang paling jujur dan amanah. iNSYALLAH simpanan korg dengan dorg selamat.
  • Kakak ; kenali karakter kakak yang  paling garang dan akan banyak soal bila korang minta duit simpanan kau tuh. Bukan apa supaya anda takut nak minta sebelum tempoh matang.
  • Adik ; pilih adik korang yg paling baik tp jangan harap dia nak bg simpanan kau selagi belum tiba masanya.
  • BFF ; kenali sorang BFF korang yg amanah dan jujur + dia akan mintak duit kau tanpa jemu sampai kau bagi. Kalau boleh yg duk jauh sikit contohnya anda di KL, BFF tuh kat Perlis… ha kau… setiap kali nak menyimpan ko bank in kat dia.confirm susah nak mintak.
  • Housemate : Insan ini juga mampu berlaku jujur dan amanah tp pastikan ko kenal dia dgn mendalam untuk berbuat demikian. Insyallah housemate ni akan tlg korg jaga duit tuh baik2 dalam simpanannya hingga tempoh matang. Jangan lupa mintak dia pukul kau kalau kau meminta.
TAHAP KEBERKESANNYA TERHADAP SAYA : 10/10 | 5 Bintang
PUNCA : Mak siap buka tabung baru special utk tujuan ini, balang kuih raya)

###

Masing2 ada cara tersendiri yang efektif untuk simpanan for vacation. Ini beberapa cara saya yang berjaya untuk menabung duit untuk melancong ke luar negara dalam tempoh masa singkat. Mungkin korang ada cara lain yg lebih baik… kongsikan kalau ada k. Kita berkongsi untuk manfaat orang lain.

SELAMAT TRAVEL

Hanif Ahmad IMG_6854

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s