JELAJAH EROPAH ; iSTANBUL Part 2

20 Perihal Old Town dan New Town, Istanbul 

Percutian singkat ke Istanbul bagaikan mimpi mana tidaknya selama ini hanya menjadi bahan gurauan dan angan-angan aku jer sampai satu ketika ketika disana terasa mcm nak menjerit jer ‘ Istanbul…Aku datang!!!, eh… tiba2 kaki sudah berpijak dibumi Istanbul dah. Rasa tak percaya tambahan lagi kota ini sangat terkenal a keramahan masyarakatnya selain popular dengan juadah manisan yg enak dan menggiurkan seperti turkish delight dan baklava. Disini sy sertakan 20 Perihal ketika di Old Town dan Modern Town, Istanbul Turkey sebagai panduan ringkas buat korang nanti.

1. Single trip bagi Tram di Istanbul adalah berharga 2.40Lyra

2. Kanak-kanak dan remaja yang berkeliaran di kawasan Oldtown yang meminta sedekah agak kasar dan menjengkelkan; Warning alert untuk anda agar berhati-hati dan jaga beg anda sebaiknya! Ingat sebelum kena.

3.Single Trip bagi Metro Bus di Istanbul adalah berharga 3.50Lyra

4. IstanbulKart yang digunakan sebagai pas bagi kenderaan awam di sekitar Istanbul adalah berharga 10Lyra dgn isian 6Lyra dan boleh digunakan secara berkumpulan. Top Up dijual berasingan di mesin sekitar stesen Tram.

5. Roti berbentuk bulat yang terkenal dijual dimerata-rata Istanbul dikenali sebagai Simid dan ia berharga sekitar 2.00-2.50Lyra. rasalah kerasa ia sangat enak.

16402915_10207905240093102_5140139713999617548_o

6. Kebanyakan jalan-jalan di Istanbul sangat berbatuan dan tidak rata jadi bersedialah sekiranya anda membawa bagasi beroda, kesian bagasi… bertabahlah!

7. Kedai manisan popular iaitu Hafiz Mustafa yang menjual pelbagai manisan Turkish Delight dan Baklava telah beroperasi semenjak 150 tahun yang lalu iaitu sekitar 1864 dan banyak sekali cawangan mereka di sekitar Istanbul dan anda sangat-sangat wajib mencubanya!! Awesome!

16174472_10207849905189764_6025700935998723903_n

8. Sekiranya anda tidak membawa atau terlupa keperluan ‘thermal wear’ semasa menghadapi musim sejuk di Istanbul, percayalah anda amat-amat memerlukannya… Sila beli di Grand Bazaar dengan harga 20lyra. Pengalaman sendiri… tempat lain susahnya nak jumpa benda ni kat sana… hahaha

9. Turkish Delight dengan pelbagai perisa yang sedap giler boleh didapati dengan harga paling murah sekitar 30lyra sehingga 80 Lyra mengikut kualitinya.

16174513_10207849905629775_2007308732152619828_n

10. Keychain atau rantai kunci souvenir Istanbul boleh didapati dengan harga paling murah 1Lyra di Grand Bazaar, jadi pilihlah kedai yang mana berbaloi untuk anda.

11. Tawar-menawar di Grand Bazaar Istanbul adalah satu perkara biasa, tapi berilah harga rendah yang logik agar anda tak kena marah dengan tuan kedai tau… hehe

12. Malam di kawasan Sultan Ahmet memang sunyi dan agak suram seakan bandar mati tapi percayalah pada waktu siangnya kawasan ini sangat meriah dan riuh rendah dengan aktiviti dan peniaga.

13. Sunset yang dilihat dari kawasan Sultan Ahmet sangat cantik, romantik dan menerujakan… cubalah cari penginapan di kawasan tersebut. Pasti tak cari lain… hehe

img-20170121-wa0020

14. Kalau anda ke Istanbul, jangan lupa ke Galata Tower kerana suasana di sekitarnya sememangnya terasa seperti anda sebahagian masyarakat tempatan… menarik!

15. Hati-hati memilih restoran seafood di Istanbul, dalam kad menu memang dorang letak harga tertentu tp bila nak  bayar harga jadi dua tiga kali ganda… hati-hati tau!

16. Bagasi anda akan diperiksa sepenuhnya oleh pihak kastam semasa enter lapangan terbang dari ruang masuk tram! itu perkara biasa tapi hairan apa ntah yan dicari… letih nak packing balik oi…

17. Istiklal Street atau Istiklal Avenue adalah satu kawasan yang popular di Istanbul Turkey dan dikunjungi oleh hampir 3 juta pelancong setiap hari.

img-20170123-wa0030

18. Kalau dah jemu makan kebab or makanan Turki, restoran KFC di sana terdapat kombo  yg menarik dengan dua burger, dua minuman dan fries… murah dan sangat berbaloi utk dua org tau!

19. Penduduk tempatan sangat mengenali Malaysia dan Kuala Lumpur, anda akan dapat mendengar jeritan ‘Malaysia Truly Asia’ dan ‘Malaysia Boleh’ kerana mereka gemar menyerbutnya kalau bertemu pelancong dari Malaysia, jadi tunjukkanlah sikap mesra rakyat Malaysia.

20. Sekiranya anda adalah orang terakhir yang membeli belah di Grand Bazaar sekitar jam 7.30 petang, anda akan mendapat tepukan gemuruh daripada peniaga-peniaga yang sedang menutup pintu kedai di situ kerana selagi anda tidak keluar dari kawasan itu mereka jugak tidak digalakkan keluar! *pengalaman sendiri, terasa teruja pulak walaupun duit habih dah di poket… hehe!

Sekian sahaja panduan dan tips terpaling ringkas buat anda yang ingin ke sana. Walaupun hanya sempat menjejakkan kaki di dua bandar ini ketika di sana, keterujaan kami masih terasa kerana Istanbul sememangnya kota istimewa dan sesuai dilawati seisi keluarga.

Semoga bermanfaat.

Klik disini untuk : JELAJAH EROPAH : iSTANBUL Part 1

Selamat Travel!

 

 

Advertisements

One thought on “JELAJAH EROPAH ; iSTANBUL Part 2

  1. Pingback: JELAJAH EROPAH : iSTANBUL Part 1 | HANIFAHMADBLOG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s