JELAJAH EROPAH : iSTANBUL Part 1

Alhamdulilah, setelah perancangan aku dan anak saudara namanya Fatin, Kami berdua jer yg da dibuat selama sebulan utk menjelajah ke sekitar negara Eropah akhirnya dpt jugak aku menjejakkan kaki ke Bumi yg sangat unik ini iaitu Istanbul. Sebelum ini iSTANBUL hanya impian dan anganan shj memandangkan bajet yg aku rasa xkan tercapai dik akal pun dlm hidup ni utk memungkinkan aku sampai bumi yg helok nih.

16195021_10207857051288412_6336673928065715695_n

Selama ini aku pun sama jer mcm orang lain cuma menonton filem popular kat Malaysia lakonan Tomok dan Lisa tuh, ‘Istanbul…Aku Datang’ yg mmg dimata aku bandaraya inilah satu-satunya impian aku dan yg paling cantiklah kat mata aku tengok. YES! Ternyata mmg betul cantik. Bukan sahaja scenery yg cantik dan real malah praktikal jugak as a destinasi romantik seisi keluarga. Selain itu pd aku iSTANBUL ni sebuah bandaraya kecil-kecilan yg awesome dan lengkap dari aspek budaya dan jugak penduduknya yg baik-baik jerpun mcm aku dalam studio tgh shooting filem jer camtuh. eh…

16113475_10207839796697058_4685118782837147371_o

Sampai jer kami kat Lapangan Terbang Terminal Ataturk, iSTANBUL tuh, Mak oi ramai gila kot pelancong tgh que kat kaunter imigresen tuh segala bangsa dr mana2 negara ntah semua ada situ mat saleh, Indian, China, Korea, Pak Arab semua adalah. Fyi, pemegang pasport negara Malaysia tak perlukan VISA utk masuk ke Istanbul  ni tp mungkin utk tempoh tertentularkan. Sebelum pergi mana2 negara sila check dulu k. Mula-mula kitorg heran jugak sbb xder plak nak isi any form visa sementara rupanya mmg xder pun, terus masuk que jer, cop kastam, ambik bagasi then terus bergerak ke hotel… senang kan tp mcm biasa lalu imigresen jantung ni tak penah tenang rasa nak meletup jer .

Alhamdulilah, setel jer semua tuhan pertemukan kami dgn seorang student namanya Junad yg tgh cuti semester dan baru jer lepas hantar grup balik Malaysia. Dia tegur aku, aku ingat Pak Arab manalah, klu study kat iSTANBUL muka terus tukar jadi Pak Arab eh… then dialar yg tlg kami beli IstanbulKart dan ajar top up cuma half way da sampai area hostel dia dan kami teruskan sendiri ke stesen Sultan Ahmet utk ke Hotel. Thanks Junad. Kalau ada sapa2 nak tourguide mmg aku cdgkan si Junad nih, bagus orangnya. PM tepi aku bagi contact.

img-20170223-wa0002

Sebelum trip ni lagi kami dah book airBnB di area ‘Old Town’ Fatih berdekatan dgn Sultan Ahmet Mosque dan Aya Sofia dan we’ve just got lucky homestay yg kami booking sgt cantik siap scenery laut terbentang luas lg + ada balkoni tp winter season kot apalah gunanya balkoni cuma bolehlar nak layan mata tgk sunset dan sunrise utk 2 hari, lawa gila seksi nak mampos sunrise.  Korg boleh search di apps BnB dan cari Mr.Alihan Fatih. Cumanya satu nasihat, bila bawa bagasi condition jalanraya dorg bukan jalan dibuat dr tar tp jalan batu2, adoi kesian betol gua tgk roda luggage gua seolah dicabul2 kehormatan dia.

By the way, suhu winter sepanjang lawatan ke sana lebih kurang 4degree agak sejuk, windy tp still sunny dgn munculnya matahari di tengahari. Khabarnya 3 hari sebelum tuh da ribut salji teruk so hari ini baru sunny.

img-20170121-wa0020

Malamnya kami berehat kejap dan excited keluar jalan-jalan tengok keadaan sekeliling. mmm… malam di Istanbul area Sultan Ahmet ni sbnrnya sunyi dan ‘mati’ jugaklar mungkin sebab kedai tutup awal kot. Ada jugaklar yg masih dibuka tupun tak banyak. Kitorg jumpa dgn pasangan suami isteri dr Malaysia katanya dorg dr Machester dan dah 3 hari kat iSTANBUL dah pergi merata, dorg sempat remind kitorg hati2 kalau makan di restoran jangan sampai kang kena tiaw dpt harga melambong 4kali ganda… kitorg tak plan nak makan pun sbb dah layan makan meal dlm Emirates siap mintak tambah lg sbb tak ramai penumpang pun time kitorg pegi tu. hehe..

16251583_10207835685794288_5548570960274556734_o

Sultan Ahmet

img_1754

Blue Mosque

Antara tempat2 di Istanbul yang sempat kami singgah seperti Sultan Ahmet Mosque/Blue Mosque, Hagia Sophia, Little Aya Sophia,  Taksim, Galata Tower, Topkapi Palace, Suleymaniye Mosque, Beyazit Square, Kucuksu Palace, Grand Bazar . Semua destinasi yang kami pergi just gunakan Istanbulkart (lebih kurang mcm Kad Touch & Go) yg kita perlu top up tapi jangan risau beli satu kad jer boleh share by group/family. Tapi Plan well route destination korg supaya tak naik turun tram nnt bazir top up.

16402915_10207905240093102_5140139713999617548_o

img_4078

Sepanjang perjalanan di iSTANBUL ni, mungkin baru hari pertama dan kedua #europetrip ni jadi kondisi diri pun belum boleh terima winter lagi, hidung asik berdarah jer. Maybe badan sy ni masih dlm kondisi Malaysia, tp cuaca sebenar dah winter di Istanbul dengan suhu 4degree.

3 hari 2 malam di Istanbul sebelum perjalanan diteruskan ke negara yg seterusnya hanya menggunakan wang belanja lebih kurang xsampai 200lyra utk 2 org. Bukan apa kami akan kembali ke sini nnt untuk flight return ke KL yang juga dari Istanbul. So kita berjumpa iSTANBUL lagi 21 hari akan datang.

16179823_10207859136580543_7529457314740894638_o

Kesimpulannya, iSTANBUL sememangnya sebuah bandaraya yg unik, romantik, seksi dan cun gila yg sebenarnya terbahagi kepada Old Town, Modern Town, Europe Side dan Asian Side rupa-rupanya. (Kalau aku salah korg google sendiri yer) bukan apa sejak duk buat booking ni barular baca sikit2 apa yg menariknya Kota iSTANBUL nih.

iSTANBUL sesuai jer dijadikan destinasi pilihan keluarga sebab public transport yang mudah dan selesa, keadaan sekeliling tidak berisiko, masyarakatnya tidak bahaya, dari destinasi ke destinasi tidaklar terlalu jauh, murah utk membeli belah, banyak jer makanan yg halal untuk dinikmati, barang2 yang boleh dibeli juga unik dan menarik, cuaca winter yg awesome, tak sejuk dan terlalu sejuk (ikut season dan tarikh), .

16299836_10207857605462266_3869234267949775251_o

Grand Bazaar

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK 2PAX : RM355

  • F&B/Turkish Delight/Baklava: RM 155
  • Hotel BNB  : RM 155
  • iSTANBULKART + Top Up: RM 45

Kami tak spend much di iSTANBUL memandangkan ini merupakan bandar yg pertama kitorg jejak dalam #europetrip kali ini dan ada lagi 11 bandar untuk disinggahi sehingga ke penghujung trip.

Aplikasi yg digunakan ;

  • MAPS ME – Peta Offline yang boleh download percuma di Apps Store/Play Store
  • Google Maps – Untuk susun route dan destinasi
  • Istanbul Metro Map – Untuk rujukan Tram semasa di sana.

16194970_10207859995402013_1960974801086198241_n

Sampai jumpa lagi di chapter seterusnya dalam JELAJAH EROPAH ; iSTANBUL Part 2, sy cuba kongsikan ’20 Perihal Old Town dan New Town, Istanbul ‘ yang mungkin anda perlu tahu just menurut pengalaman peribadi kami sepanjang di sana. Mungkin sedikit sebanyak dapatlah bantu korang buat perancangan dan persediaan mental dan fizikal sebelum sampai di sana nnt. Insyallah.

Klik disini untuk sambungannya : JELAJAH EROPAH ; iSTANBUL Part 2

‘Jangan jadi pelancong, Jom kita jadi pengembara.’

SELAMAT TRAVEL

Hanif

Advertisements

One thought on “JELAJAH EROPAH : iSTANBUL Part 1

  1. Pingback: JELAJAH EROPAH ; iSTANBUL Part 2 | HANIFAHMADBLOG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s