TIPS & TRICKS : Ticket Hunting

 

11 PERKARA SEMASA HUNTING FOR TICKET FLIGHT

“Tips & Trick” semasa buat tempahan tiket kapalterbang sepanjang ‘Self Planned Trip‘ Jelajah Eropah saya baru-baru ini mungkin boleh anda gunapakai dan 10 senarai ini hanyalah dari pengalaman peribadi saya semasa membuat tempahan bagi trip baru-baru ini yg berlaku dari 21 Jan-14Februari 2017; Pada sy tak perlu pun guna agen utk dptkan tiket murah sekurang-kurangnya takder risiko kena tipu tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

img-20170222-wa0016-1

1. IMAN; Teguhkan iman korang dan tetapkan atau anggarkan satu, dua atau tiga TARIKH yang betul2 dlm ruang lingkup hendak ditempah tuh atau tarikh yg dekat jer, supaya kelak tak menjadi terganggu pencarian.

2. JADUAL; Kalau perjalanan satu negara mungkin lebih mudah buktinya kita hanya perlu beli ‘return ticket’ shj tapi bayangkan klu perjalanan dgn route lebih drpd 5-20 negara mahunya pening jugak nengok harga tiket so sediakan jadual perjalanan kalau bukan dalam bentuk hard copy pun buat dlm soft copy samada dlm word or excel supaya tak jadi pening kepala.

3. COOKIES; Cuba amalkan padam cookies setiap kali korang nak memulakan ticket hunting tuh  buktinya syarikat penerbangan or website nih kadang2 ada jer kuasa sakti dorg, tau-tau jer korg tuh selalu pantau kat tarikh yg sama jer… seolah menginginkan sgt tarikh tuh lantas harga itu atau mungkin lebih tinggi lagi yg sistem akan tetapkan.

16179773_10207898684249210_6270364648081002372_o

4. PERBANDINGAN; Setiap kali hunting ticket jangan lupa untuk membuat perbandingan  di antara laman web dan juga aplikasi di telefon pintar awak tuh contohnya kalau rasa da dpt murah di Traveloka cuba tengok pulak di Skyscanner kemudian tengok pula di laman web syarikat penerbangan tuh. Untung-untung dapat lagi murah. Baru dapat harga yg terbaik. Ini antara laman web dan apps yg sy gunakan baru-baru ini utk buat perbandingan iaitu Skyscanner; Traveloka; Cheapflight.com;  CheapAir dan Web Airlines.

5. TRANSIT ;  semasa hunting tiket pastikan betul2 waktu transit anda (sekiranya melibatkan transit) supaya nnt tak kelam kabut maklum sahaja kadang2 kita ni tak bukan familiar dgn selok belok airport tuh contohnya di Airport Dubai… ‘Mak ai dia punya jarak terminal A ke terminal C punyalah jalan jauh, siap naik turun lift, dua kali naik train, kemudian naik bas lagi baru sampai kat kapal terbang kita tu…makan masa kan.’ Bayangkan kalau kita pilih waktu transit 1 atau 2 jam dgn hand carry lagi, dgn handbag lagi… berterabur nnt. Cuba sekurang-kurangnya lebih dari 5 jam; kita tunggu nak boarding takper; jangan flight tuh yang tinggal kita ok.

6. AREA ;  Semasa proses hunting tiket kapalterbang just please do remind 3 AREA penting untuk melancarkan lagi perjalanan dan kita pun takderlar letih nnt. Maklum sahaja dgn nak tarik luggage lagi; bagpack lagi, klu bawak baby or warga emas lagilar kan, kita kesian sbb dorg letih; belum lagi emosi teman seperjalanan yg masing2 dah letihdan buat perangai ; Ingat 3 perkara ini semasa buat tempahan tiket kapalterbang iaitu  ; AREA Terminal/Pit Stop VS AREA Hotel VS AREA Jalan-jalan kena bersatu kalau boleh cari terminal airport yang paling terdekat dgn area hotel yang korang nak booking  so xderlar nnt terbuang masa tercari-cari jalan nak ke pitstop seterusnya. Sama juga dgn area hotel carilah yg dekat dengan kawasan korg nak jalan-jalan nnt. Apapun semuanya kena blend together.

7. KAD DEBIT/CREDIT ; Pastikan sekurang-kurangnya ada satu kad debit atau kad kredit dan dalam akaun pun ‘berisi’ bukan apa kalau tiba2 dapat tiket murah gila boleh terus jer grab. Kemudian2 baru claim dari teman seperjalanan korang tuh. hehe…

16179012_10207860846463289_7406409954984604519_o

8. REVIEW ; Selalunya semasa hunting ticket contohnya kita dapat harga murah di Cheapflights.com, kita akan masih diberikan pilihan oleh laman web itu dari beberapa agent yang menawarkan hargharga murah bagi tiket yg sama; cuba rujukkembali Mr.Google dan baca review mengenai pengalaman pembeli yang terdahulu mengenai agent tersebut. Ia sedikit sebanyak memang membantu kita dalam membuat keputusan.

9. JANGAN HAIRAN ; ada beberapa perkara yg memungkinkan kita naik hairan semasa hunting tiket  bukan apa kadang-kadang kita dah alert tiket murah di  laman web syarikat penerbangan tetapi rupa-rupanya lagi murah bila kita tgk di search Engine seperti di Traveloka, Skyscanner etc ; berkemungkinan besar ini disebabkan oleh sistem penjualan mereka dan marketing mereka yg berbeza.  Macam tuh jugak bila harga tiket akan berbeza pd tarikh di hari minggu dibandingkan tarikh weekdays yg sgt berbeza. Semua pilihan terletak di tangan kita.

10. SABAR ; Apa2pun key yg paling utama sekali dlm pencarian tiket kapalterbang adalah sabar dlm pencarian anda bukan apa buktinya tab kat PC akan penuh dengan laman web, galleri dlm phone akan penuh dengan screenshot dan melambak2 salinan yg kita perlu print sebagai rujukan.

BONUS; Aktifkan Price Alert di setiap search engine seperti cheapflight.com, Traveloka. sekiranya ada penurunan harga mendadak bagi tarikh pilihan anda, laman2 web ini akan hantar notification dalam bentuk email kepada kita untuk makluman.

Semoga  ‘Tips & Tricks’ ini bermanfaat buat semua dlm membuat tempahan dan perbandingan harga tiket. Sekali lagi senarai ini hanya pengalaman peribadi sy semasa membuat tempahan tiket, sy cuma berkongsi untuk kebaikan bersama. Tepuk dada tanya selera.

HAPPY HUNTING!  

Advertisements

One thought on “TIPS & TRICKS : Ticket Hunting

  1. Pingback: JELAJAH EROPAH – Planning | HANIFAHMADBLOG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s