6 JENIS KAWAN TRAVEL : ‘ASAL MELANCONG JER KAU KAYA SELEVEL DATO ALIP’, APAKAH…?

  • Asal melancong jer… ko kaya.
  • Asal melancong jer… ‘ko banyak duit… xperlar’.
  • Asal melancong jer… gaji kau besau nau… kitorg lainlar.
  • Asal melancong jer… ko jual tanah mak kau ke…?

    ‘HOI… GILER KER???’

    16179823_10207859136580543_7529457314740894638_o

Adoi… buang negativiti ‘buzzer’ dlm kepala kau tuh bleh tak? Mana yang dah confirm kaya melana ada rumah 24 bilik  tuh mmg lantakla dia melancong sbb mmg dia berduit pun kan…  Ni x, kwn ko yg ko tau taklar kaya, yg gaji sama jer dgn kau tuh… kwn yg mkn nasi lemak 50sen, kuih 30sen 3 bijik sama dgn kau kat tepi jalan pepagi pun ko bashed sama… dah knaper kannnn…

Ko taktau plak dia nakpi melancong tuh struggle kumpul duit macam mana ke apa kan… Menabung ker? Kejer lebih ker? Jual kuih ker? Baiki moto kwn ker?

Ubah mentaliti buruk tuh skit… Kalau tak minat melancong terpulangLAR.. tp kalu ko ‘malu tapi mahu ikut’ ikhlas sikit dengan kawan ko tuh, insyallah dia ajak jer ko join sekali nnt… kadang-kadang orang yang melancong nih bukan jenis nak jalan sorg, kalau ada kwn lg best.

Ini antara ‘6 Jenis Kawan Acah2 Travel’ dari pandangan aku dan kawan2….

1. KAWAN TARIK-TARIK TALI – Asal ko letak gambar ko kat fb jer ada je statement kawan baik kiter yg bebunyi camni, ‘Ko pehal weyh Markonah, pergi Afrika smlm takder nak ngajak aku sama… ko taktau ker betapa aku teringin gila dowh nak nek lori sangkar masuk safari tgk gajah, zirafah, harimau semua tuh.’

Padahal kita dah tahu kalau kita ajak dia tak mahunya pun. Buang air liur jer bercakap. Kalau dia mahu pun, ko tgulah sampai berjanggut, sampai tiket yg elok duk murah jadi triple diple… sampai duit Malaysia ni melambung tak balik-balik pun boleh jadi….  Dia akan pergi tak kembali pun dgn jawapan samada nak pegi atau tidak. Ramai yang macam gini.

2. KAWAN TANYA LAKI/BINI. – Yer, kiter paham sangat awak. Mmg syurga awak tuh di bawah tapak kaki laki or sayang bini kena tanya dululah… kiter paham wak… Tapi kalau ko sgt mengenali laki bini ko tuh hingga ke Jannah? Dari awal ko tak perlu nak nyakit hati kawan kau lepas 3-4 hari  citer pasal tiket murah then ko excited… suddenly… “Aku kena tanya laki aku dulu… ko tahu jerlar tahap sayang dia  pada diriku ini setinggi langit, setebal karang… semut gigit pun ditiupnya sampai pagi.”

Kalau dah kenal pasangan anda tu, ayat pertama kawan ko ajak tuh, terus jer ckp kat kwn yg ngajak tuh, “Aku pasti dan sgt confirm laki aku tak kasi pegi punya nih, tgu anak kawen beranak dua br bleh travel katanya… ko pergilah dulu yer Haimantino’.  kan senang bgtau awal. Kawan tuh pun memahami jer korg tuh dah menyatu tak terpisah dah antara satu sama lain… Xdelar dier gatai mulut ngajak ko slagi anak ko tak masuk U dapat degree +  takderlar si kwn tuh tgu sampai tiket habih promo… sianlar kat kwn tuh…

VATICAN CITY

3. KAWAN ACAH2 NAK FOLLOW – Yang ni sejenis lg hampagas, tp bukan salah dia pun. Si kawan yg jd kepala tukang mencari tiket & accom nih… bersunggoh gigih dia tak tido dua hari sbb pg dua hari lepas ko ada ajak dia pgi Bangkok dgn beria2 sgt. Dia pun surveylah tiket murah, semurah RM120 return siap dpt Thai Airways lg selesa + da siap borak dgn host airBNB semurah RM45/night semata nak jln2 dgn kau.

Niat dia manalah tau happening sikitlar berbackpack bersama kawan kerana ko bersunggoh ngajak sgt. Alih2 bila kwn ni bentang paper n itineri dia tuh… ko ckp, “Larrr… Aku gurau2 jer smlm weyh, manalah aku byk duit mcm kau jalan sana sini, kau tuh kaya, byk duit, lagi plak ko tak kawen lg takperlar… aku ni ada anak bini duit nak makan, susu, pampers lg, ko bukan taktau.” satu jer kiter nak balas time nih adalah… Hanat sunggoh!”. (*Ini kisah benar jd emo skit) 

4. KAWAN KUAT NAU NYINDIR – Kita ni pun pergilah New York dgn bajet murah semurah netizen pegi RM200 selama 48 hari… Kita pun updatelar kat FB or IG kita gambar kita kat New York sana nun, gambaq muka seronok padahal makan Maggi balik loss weight 16kg tiada siapa yang tahu. Lagipun bukan senang kita nak pgi tuh kan.., itupun namanya rezeki jugak dariNya. Timeline tuh kita punya, letak jerlar buat simpanan di media sosial tuh nnt bebila nak tengok bukak jer tgk pastu post lagi dan lagi dan lagi.  sampai sendiri jemu. Saper nak tengok, tengoklar. Lagipun kita pk, ‘Alhamdulilah, kali ini rezeki aku dpt jalan jauh tempat org, xsalah share dgn fb friend gambar kiter tuh.  insyallah semoga nnt dorg ada rezeki lebih plak dapat pgi memana tempat dorg nak… Amin’. 

Alih2 kita dapat buah getah wak… ‘Yerlar kau sorg jerlar yang pergi New York tuh? Makhluk di bumi ni sorang pun belum penah jejak lagi? orang lain di dunia ini tak pernah pegi tempat yang kau pergi tuh? Item ni takmolah citer lebih-lebih… takut plak… hahaha..

img_8717

5. KAWAN ‘YERLAR KAU KAN MAMPU’ – Kadang2 kita sangat memahami kawan2 rapat kita.  Yerlar kalau dah skolah sama. masuk U sama. Kelas sama. Masuk Kesatria sesama. Masuk kelab kebudayaan sama. Makan kat food court seksyen 2 pun sama. makan nasi goreng 2 hengget telur mata daging merah sesama. *inimelalut. 

Kita kenal dan kita ada jugak tapis2 dlm kepala ni sendiri, Bila nak ajak tuh berpada dan yg kita rasa boleh ni kita ajak pegi sama2. Tapi sekali kena, ‘Aku tak mampu mcm kau, kau kaya. Yerlar kau kan Mampu. Padahal hari2 aku tgk ko makan luar… hari2 Java Chip masuk perut ko . Hari2 ko ajak aku lepak Zawara… Starbak lar… Alih2 ko ckp ko tak mampu mcm aku, sebab kau miskin. Miskin betul baru tau. Bersyukurlar sikit hidup nih… jangan mengeluh, jangan menyesal… itu ketentuannya. REDHA tau?  haisshhhh!

5 KAEDAH MUDAH RINGANKAN BAGASI!!!

6. KAWAN ‘YANG TAK SEDAR DIA PUN SAMA’ – Al kisah kita pun pegilar ke negeri Arab sana nun, masuk pyramid terjun gua, naik bukit turun bukit tujuan pergi berjalan2 melancong apa lagi yang nak dibuatnya… Ambik gambaq jerlar pastu update kat IG, FB segala media sosiallar dengan niat menjadi impian dan inspirasi serta bleh bagi info pada kawan2 input perjalanan kita tuh nanti.

Tiba2 dik, kita dapat peluru sesat di FB… ‘Hanat seminit sekeping gambaq dier duk SPAM timeline kiter, dia ingat kita tak mampu ker?’ Ya Allah, apa kata pi ambik wuduk, sucikan hati,  bersihkan jiwa, tuluskan iman mu itewww.. kopiah tak penah lekang di kepala mu. Takkan FB pun ko nak terasa dik. kita sesama insan, salah silap kita manusia jer, lagipun FB jer nih.

Seminggu selepas itu, kat timeline melambak lana gambaq dia duk pi mai pi balik terjun Laut Mauritius Hawai sana nu… penuh aih timeline. Kita ok jer sbb itu rezeki awak. Kita ni kawan2 kalu bleh siap nak tanya lagi. ‘Bestnya Mauritius mu itewww…  nanti share2 info skit yer, manalah tau rezeki aku plak nak pi sana… seronok tengok ko terjun laut menghijau biru tuh.’  Itu kita namakan… Paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebih. Lenkali rileks2 jer dgn timeline FB, serius sangat tak kemana pun kita nih. Kat Batu Dua tuh juga kita tuju dik.

******

Niat suci murni kita nih pun nak ngajak kawan2 tuh bersama jalan2, ketawa bersama, menangis bersama… bukannya nak bgtau kita kaya ke apa. Tpi 40 kali duk kata kita kaya, kita pun AMINNNNNNNNN!!!

Sekian. Itu jerlar. haha…

Mana yang bermanfaat ambik jadikan iktibar, Mana yang merapu tuh jangan di kecam pulokk, tapi elakkan jer. ‘Aku pun bukan orang insan yang baik mana’

TIPS & TRICKS : Ticket Hunting

*penulisan ini lebih kurang berbentuk surat layang… jgn marah…jangan kecam… hahahahaha
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s