JELAJAH EROPAH – Planning

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulilah dan bersyukur kehadrat Allah, plan perjalanan kami kali ini ke beberapa negara di sekitar Benua Eropah iaitu 11 buah negara meliputi 12 buah bandararaya selama 24 hari yang bermula dari 21 Jan sehingga 14 Feb 2017 berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan namun ada beberapa perubahan di saat akhir.

Perancangan dan route perjalanan hanya di buat sebulan sebelum tarikh berlepas memandangkan masing2 masih dlm proses permohonan cuti kerja dan cuti belajar.

PLANNING

Agak challenging sikit trip kali ini. Biasanya aku just plan trip biasa-biasa jerlar pergi satu atau dua buah negara jer kemudian plan hanya dalam negara tu tapi kali ini melibatkan lebih dari 10 negara tambah lagi aku yg buat tempahan ni berada di Malaysia manakala teman seperjalanan aku yg jugak my niece masih berada di Beijing, China sedang  menjalani peperiksaan akhir semester. Niat di hati tak mahu menggangu sebab orang nak exam kan tapi persetujuan kedua belah pihak kena ada jugaklar bukan sebab apa just taknak plak nnt susah tuh ditanggung sorang 🙂  kan

Beberapa kali route kami bertukar ganti mengikut kesesuaian terutamanya fokus pada harga tiket, waktu perjalanan, tempohmasa transit, jarak masa dari satu negara ke negara lain, pemilihan jenis transport dan juga kesesuaian U-turn nak bagi tepat dengan waktu tiket return ke tanah air.

Dari perancangan asal melibatkan 12 negara kemudiannya menjadi hanya 11 sahaja (termasuk transit) memandangkan harga tiket kapalterbang yang tiba-tiba naik phewwwww….mencanak.

countries_europe_map_855

Peta  Benua Eropah

FINAL ROUTE

  1. KUALA LUMPUR
  2. DUBAI (transit 4 jam) →
  3. ISTANBUL
  4. ATHENS (transit 10 jam) →
  5. ROME
  6. BARCELONA →
  7. PARIS →
  8. LONDON →
  9. BRUSSELS →
  10. AMSTERDAM →
  11. PRAGUE →
  12. BUDAPEST →
  13. ISTANBUL
  14. DUBAI (transit 12 jam) →
  15. KUALA LUMPUR

 

screenshot_2017-02-21-19-03-45-1

FINAL ROUTE PERJALANAN KAMI

TIKET 

To create perjalanan kami yg hampir sebulan ni agar taklar jemu asik lalui benda sama dan takderlar terasa nak balik Malaysia cepat2 sebelum waktunya kami varietykan transportation at least dapatlar rasa pengalaman yg berbeza. Kami bersetuju memilih untuk mempelbagaikan cara transit kami iaitu dengan menggunakan kapalterbang, keretapi (nighttrain) dan bas (Night Bus). Takderlar jemu menunggu waktu boarding jer  nanti. 

Semua tempahan dibuat awal dari Malaysia secara online supaya tak menghadapi masalah. Manalah tau nnt tak jumpa kemudahan internet ke, wifi takder ker, kena bayar mahal untuk berinternet ke or tetiba nak check in nanti dorg nak hard copy ker nak print tak juper CC bagai kan. So semua di buat awal dari Malaysia supaya tak kelam kabut kat negara orang.

Tiket pulak dibeli dr pelbagai sumber supaya takderlar risau dengan masalah yg bakal berlaku kalau beli hanya dari satu sumber sahaja.  Takderlar serba salah membelenggu kepala otak sgt nnt. itu yg pk lama tuh. Rujukan untuk survey laman web ada kat senarai di bawah.

PENGINAPAN

Begitu jugak halnya dengan tempahan penginapan, sy buat tempahan awal dari pelbagai sumber laman web dan aplikasi yang berbeza sekurang-kurangnya perancangan trip akan datang kami tau kelebihan dan kekurangan sumber tersebut mana yang bagus dan mana yang tidak.

Untuk trip kali ini sy tempah penginapan menerusi aplikasi dan laman web AirBNB, Hostelworld, Hotels.com dan Booking.com  dan beberapa laman web yang lain seperti Agoda, Kayak, Airasia dan beberapa lagi aplikasi yang di gunakan hanya untuk membuat perbandingan dari segi harga dan tawaran serta voucher-voucher yang ditawarkan.

KAD DEBIT & KAD KREDIT

Semua tempahan tiket kapalterbang yang dibuat awal menggunakan debit kad manakala tiket keretapi dan bas dibeli menggunakan kredit kad. sbb perkhidmatan yang dipilih tak terima visa debit. Terpaksalah apply satu kredit card bg memudahkan tempahan, kalau ditunggu2 boleh stuck proses nak tempah-tempah semua nih.

APLIKASI, LAMAN WEB RUJUKAN UNTUK TEMPAHAN

  • TIKET : Traveloka.com , Kayak.com, Cheapflights.com, Expedia.com, Skyscanner.com, Cheapair.com
  • PENGINAPAN : Booking.com, Hotels.com, Hostelworld, Agoda, Kayak.com
  • DIRECT WEBSITE : Emirates, Turkish Airlines, Aegean Air, Easyjet, Ryan Air, Air Asia, Flix Bus, OUI Bus etc.

Klik disini untuk panduan anda : TIPS & TRICKS : Ticket Hunting

NEXT CHAPTER FOR THE ROUTE HAPPENING STORY

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s